Jalan Masuk Kediaman TKM Musnah Akibat Tanah Runtuh

Jalan Masuk Kediaman TKM Musnah Akibat Tanah Runtuh

0
SHARE
Satu-satunya jalan masuk ke kawasan kediaman Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berhampiran Kampung Tamalang Silou di Inanam sini musnah akibat tanah runtuh...

KOTA KINABALU, SABAH – Bukan sahaja rakyat yang terkesan akibat cuaca hujan tanpa henti semalam tetapi juga pemimpin negeri.

Satu-satunya jalan masuk ke kawasan kediaman Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berhampiran Kampung Tamalang Silou di Inanam sini musnah akibat tanah runtuh.

Sumber kementeriannya melaporkan, Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah itu terpaksa berjalan kaki lebih satu kilometer turun dari kawasan bukit untuk ke kerja hari ini.

Beliau sempat hadir berjumpa menteri atasannya, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam melawat stokpil beras bagi zon Sabah di gudang Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Telipok tadi.

Sumber itu juga berkata selain itu, sebuah pokok yang tumbang turut menghalang jalan.