Ismail Sabri Tegaskan Tiada Perintah PKP, Tiada Larangan Rentas Negeri

Ismail Sabri Tegaskan Tiada Perintah PKP, Tiada Larangan Rentas Negeri

0
SHARE

PUTRAJAYA – Tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada larangan rentas negeri mahu pun sekatan rentas daerah, tegas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sdang media berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun kes COVID-19 mencatatkan peningkatan kes baharu sejak beberapa hari lalu di beberapa negeri, ia masih kecil dan terkawal.

Katanya, kes yang banyak di Kedah dan Sabah contohnya, hanya direkodkan di depoh tahanan Imigresen dan penjara, di mana penularannya masih boleh dikawal.

Datuk Seri Ismail Sabri…

“Kita tidak akan mengisytiharkan PKP seluruh Malaysia. Semalam ada 287 kes baru, hari ini mungkin bertambah agaknya, saya tidak tahu. Namun, lihat balik 128 kes di Kedah semalam misalnya, ia berlaku di dalam penjara.

“Di negeri lain selain Sabah, hanya Selangor mencatakan kes sampai 31 semalam. Itu juga belum tahap merah iaitu 40. Negeri lain ada satu, ada dua kes. Perlis kosong.

“Ini bukan merupakan satu perkara yang sangat membimbangkan kerana tak mungkin ada kosong kes di seluruh negara sebab COVID-19 masih ada sekliling kita. Kalau satu, dua kes kita nak ‘lock’ seluruh negara, maka sampai bila-bila kita PKP,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap rakyat tidak terlalu panik dengan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kes mendadak tetapi pada masa yang sama tidak juga boleh bersikap sambil lewa dan selesa.

“Kita kena lebih memperketatkan kawalan kendiri. Saya pernah beberapa kali sebut, virus ini tetap ada sekitar kita dan boleh menjangkiti sesiapa. Justeru perketatkan, amalkan kawalan kendiri,” tegasnya.