Walau bagaimanapun, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,216 kes (84.52%).
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes.
DARIPADA 317 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, tiada KES IMPORT dilaporkan…
SEMUA 317 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 14 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
Bukan WARGANEGARA DAN LAGI 303 KES DARI KALANGN WARGANEGARA.

Menurut laporan itu juga, sebanyak 29 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat (4) kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

SABAH : 155 KES TEMPATAN
-100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan empat (4) bukan warganegara
-35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara 2 bukan warganegara.
-10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara.
-4 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara.
-3 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara.
-2 kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara.
KEDAH: 102 KES TEMPATAN
-97 kes daripada Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan 93 kes warganegara dan 4 kes bukan warganegara.
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara.
SELANGOR: 32 KES TEMPATAN
– 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan 14 kes warganegara. dan 1 bukan warganegara
-12 kes daripada Kluster Jalan Meru yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-3 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11147 dan kes ke-11047 yang kesemuanya melibatkan warganegara.
TERENGGANU: 9 KES TEMPATAN
-7 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke11477 yang melibatkan warganegara.
-1 kes saringan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) yang melibatkan warganegara.
PULAU PINANG: 3 KES TEMPATAN
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.
KELANTAN: 2 KES TEMPATAN
– 2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477 yang melibatkan warganegara.
NEGERI SEMBILAN: 1 KES TEMPATAN
– 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
JOHOR: 4 KES TEMPATAN
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
KUALA LUMPUR: 4 KES TEMPATAN
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
– 1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara.
SARAWAK: 3 KES TEMPATAN
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
PUTRAJAYA: 2 KES TEMPATAN
– 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.