Polis Sabah Jalankan Siasatan Kes Buli Pelajar Di Ranau

Polis Sabah Jalankan Siasatan Kes Buli Pelajar Di Ranau

0
SHARE

RANAU, SABAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian buli pelajar yang didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah Ranau sini.

Perkara itu dilakukan susulan daripada video berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 3.26 petang kelmarin.

“Kita maklum perkara berkenaan dan setakat ini kes di peringkat siasatan terperinci.”

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video berkenaan,” katanya.

Simiun berkata, pihak polis juga menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan maklumat di IPD Ranau bagi membantu siasatan.

Kenyataan media pihak polis berhubung kes buli yang tular di media sosial sejak kelmarin…

Terdahulu, tular video berdurasi 5 minit 33 saat di media sosial Facebook dan sebaran pada aplikasi whatsapp yang memaparkan kejadian buli menunjukkan sekumpulan pelajar menendang, menumbuk dan menampar beberapa pelajar lain satu persatu.