MANCHESTER, LONDON – Skuad ‘The Red Devils’ memulakan Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 dengan ‘garang’ apabila membenam Leeds United 5-1, malam tadi di stadium keramat Old Trafford.
Bruno Fernandes yang menjaringkan hatrik (3 gol) pada minit 30, 54 dan 60 hasil daripada ‘assist’ pemain antarabangsa Perancis, Paul Pogba pada perlawanan semalam membuktikan sentuhan penyudahnya yang masih berbisa.
Bersambung pada babak kedua perlawanan, Leeds bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan cantik Luke Ayling pada minit ke-48.
Walau bagaimanapun, bintang muda United, Mason Greenwood kembali meletakkan Manchester United kembali di depan apabila meledak gol pada minit ke-52 sebelum Fernandes menambah derita Leeds dengan gol kedua peribadinya dua minit kemudian.
Fernandes yang juga pemain tengah antarabangsa Portugal melengkapkan hatrik dalam perlawanan menerusi jaringan pada minit ke-60 sebelum Fred memastikan kemenangan bergaya United apabila meledak gol kelima pasukan minit ke-68.