Azis Jamman Samakan GRS Sebagai Firaun, G57 Bakal Buat Laporan Polis

Azis Jamman Samakan GRS Sebagai Firaun, G57 Bakal Buat Laporan Polis

0
SHARE
Zulkarnain
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar...

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) bakal membuat laporan polis fitnah terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti Firaun.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata kenyataan Azis itu dimuat naik menerusi video berdurasi 28 saat sehingga tular di semua platform media sosial sejak pagi tadi

“Azis dipetik berkata dalam sesi ceramah kalau mahu pilih Firaun pilihlah GRS. Selain GRS, Azis turut menyamakan Tan Sri Musa Aman sebagai Firaun.

“Adakah Azis tahu mengenai sejarah berkaitan Firaun? Di dalam ajaran Islam seluruh umat Islam mempercayai Firaun sebenarnya telah dilaknat dan dibinasakan selepas mengaku dirinya sebagai Tuhan.

“Firaun dalam zamannya juga pernah mengarahkan agar kesemua kanak-kanak lelaki yang baru lahir dibunuh.

“Sepengetahuan G57 tidak ada satu pun pemimpin komponen GRS telah mengaku diri mereka sebagai Tuhan dan tidak pernah mengarahkan pembunuhan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut mempersoalkan bentuk kezaliman yang didakwa Azis.

“Dalam tempoh hampir tuga tahun GRS memerintah Sabah walaupun banyak kelemahan tetapi berjaya membawa masuk pelaburan luar hampir RM20 puluh billion malahan kilang Nexilis dan Kibing boleh dilihat dengan jelas di KKIP Sepanggar.

“Sebaliknya semasa WARISAN memerintah tidak ada satu pun pelabur luar berjaya dibawa masuk ke Sabah. Menyamakan GRS dengan Firaun adalah jelas satu tuduhan fitnah yang cukup melampau.

“Walaupun Azis mungkin masih menyimpan dendam dendam terhadap GRS dan Tan Sri Musa akibat kekalahan WARISAN pada PRN-16 lalu namun membuat tuduhan jahat sebegini adalah sangat tidak wajar sama sekali.

“Justeru G57 berharap agar kesemua pimpinan termasuk ahli-ahli komponan GRS tampil membuat laporan polis ke atas Azis di seluruh Sabah,” katanya.

Disamping itu, Zulkarnain turut menggesa
rakan gabungan NGO untuk membuat laporan polis yang sama di seluruh Malaysia.

“Azis wajar dihadapkan ke mahkamah dan sewajarnya didakwa kerana memfitnah. Saman sivil juga wajar dikenakan ke atas beliau.

“Justeru budaya dan cara berpolitik sebegini wajar dihentikan dan amat berbahaya kepada kestabilan politik.

“Pemimpin dan ahli politik samaada dari barisan parti pemerintah mahupun pembangkang wajar mengawal diri dan berpolitik secara berhemah serta dapat mengawal pertuturan bahasa dengan tidak mencaci seperti Azis,” katanya.