LONDON – Seorang remaja wanita yang mempunyai masalah kesihatan mental sehingga suatu ketika ingin membunuh diri mendedahkan dirinya kembali pulih selepas memeluk agama Islam sejak tujuh tahun lalu.
Persephome Rizvi, seorang wanita berusia 27 tahun mendedahkan ceritanya itu alam satu rakaman dokumentari terbitan Perbadanan Penyiaran British (BBC) baru-baru ini.
Rizvi memaklumkan bahawa hatinya tergerak mahu membunuh diri berikutan gaya hidupnya sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.
Sebelum memeluk agama Islam, kerap kali, dia terlibat dengan kegiatan tidak sihat seperti meminum minuman keras dan berparti sehingga pada jam 4 atau 5 pagi serta melibatkan diri dengan pergaduhan.
Rizvi dari Huddersfield ketika bercakap dalam dokumentari itu yang berjudul ‘This Girls Changed’ yang kini memakai hijab berkata, gaya hidupnya berubah setelah dia memeluk agama Islam.
Islam telah mengubah egonya, caranya bercakap dan tidak lagi bergosip dan mengata-gata orang.
Selepas menjadi Muslimah, Rizvi membuang pakaian-pakaian tidak sesuai dipakai berdasarkan agama Islam, membuang kuku palsu, menukar nama di Facebook dan memadamkan gambar-gambar yang menjolok mata.
Di dalam dokumentari itu juga turut menunjukkan sebuah taman iaitu tempat dia cuba untuk membunuh diri ketika masih lagi bergelut dengan masalah kesihatan mental.





