KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki cedera parah dihimpit kereta pacuan empat roda semasa membaikinya pada tepi bahu jalan di Kampung Pulutan, Menggatal sini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata kenderaan Toyota Vigo yang rosak secara tiba-tiba bergerak ke belakang dan menyepit mangsa, Vun Fook Khiong, 53.
“Panggilan bantuan kecemasan diterima pada pukul 12.24 tengah hari tadi…
“Seramai lima anggota diketuai PBK II Laupen Nuar hadir ke lokasi.
“Mangsa lelaki terlibat telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dandihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelas sumber.