Lelaki Ingin Bunuh Diri Alami Kesan Luka Di Kaki Akibat Terpijak Kaca

Lelaki Ingin Bunuh Diri Alami Kesan Luka Di Kaki Akibat Terpijak Kaca

0
SHARE
Lokasi mangsa cuba mengambil nyawa sendiri...

SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki yang cuba mengambil nyawa sendiri sebaliknya mengalami kesan luka di kaki akibat terpijak serpihan kaca di rumah beliau di Bandar Ramai-Ramai sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa dalam lingkungan usia 30an berjaya dipujuk isteri beliau dalam insiden kira-kira pukul 7.30 malam itu.

“Dalam masa yang sama pasukan Bomba masuk ke dalam rumah pada tingkat 3 dan menarik mangsa dari kawasan beranda serta menenangkan beliau…

“Beberapa anggota lain turut berada di atas bumbung dan aras bawah bagi mengurangkan risiko (kematian),” katanya.

Anggota Bomba yang bersedia di aras bawah…

Difahamkan satu pergaduhan di antara mangsa dan ayahnya mendorong kepada tindakan tersebut.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis dan KKM untuk tindakan selanjutnya,” tambah jurucakap agensi penyelamat berkenaan.