Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Lokan

Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Lokan

0
SHARE
Gambar Hiasan

TAWAU: Seorang lelaki ditemukan maut hari ini selepas dipercayai dibaham buaya ketika mencari lokan di Kampung Mangga, Kalabakan pada petang Sabtu (9 Mac).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.35 petang kelmarin. 

“Menurut pengadu, mangsa dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti mencari lokan di hulu sungai Kalabakan bersama dua orang ahli keluarga.

“Mangsa, Asmadi harun, 57 tahun ditemui oleh penduduk Kampung Sungai Ulu Kalabakan pada jam 4.30 pagi tadi dengan jarak 500 meter dari tempat dilaporkan hilang.

Jemishin berkata, operasi pencarian menggunakan tiga buah bot orang kampung di sepanjang sungai ulu kalabakan.

“Mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tawau oleh pihak polis sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Tiada operasi dilakukan dan pasukan bomba hanya mengambil maklumat di lokasi kejadian. Setelah memastikan tiada lagi bahaya wujud operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.45 pagi.