KUCHING, SARAWAK – Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni mengetuai 100 pengayuh basikal dalam Program Kayuhan Kenyalang di Bawah Bayu 2022.
Bermula seawal jam 7 pagi, acara kayuhan 15 km di sepanjang Heritage Trail itu disertai Isteri Ketua Menteri Sabah dan Yang DiPertua (YDP) Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS), Datin Seri Julia Salag; Isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datin Noraini Salleh; Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecelia Edwin, Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Lindah Anuar Ewit; Bendahari Kehormat Mutiara GRS, Datin Wahida Mardiana Norsalim, Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran), Diyanah Abdullah.
Turut serta dalam kayuhan ialah Timbalan Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Ag Damit Pg Apong, Setiausaha Perhubungan, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar.