Food Aid Sabah Bantu Dua Orang Ibu Tunggal

Food Aid Sabah Bantu Dua Orang Ibu Tunggal

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Food Aid Sabah (FAS) telah memberi sumbangan kepada dua orang ibu tunggal dalam berbentuk yuran tadika bagi anak mereka yang belajar di Tadika Bersatu Luyang.

FAS telah menyampaikan bantuan kewangan kepada dua ibu tunggal untuk membiayai anak mereka yang sedang belajar di Tadika Bersatu Luyang pada 23 Ogos lalu.

Dalam program tersebut, Pengerusi FAS Darren Liew berkata, bantuan kewangan tersebut merupakan sumbangan ikhlas daripada penderma yang sudi menolong golongan khas…

Dua ibu tunggal tersebut telah berpisah dengan pasangan mereka dan terpaksa membiayai pendidikan anak mereka sendiri.

Guru besar Tadika Bersatu Luyang Fong Kim Choo berkata, pada 24 Jun lalu, pihak tadika telah memohon kepada FAS dengan harapan NGO terbabit boleh menolong kedua-dua ibu tunggal berkenaan.

Darren berkata, walaupun FAS menumpukan kepada pengagihan bakul makanan kepada golongan khas, tetapi persatuan tersebut turut prihatin dengan perkembangan anak murid.

Dalam masa dua bulan, FAS berjaya mengutip sumbangan secukupnya untuk menampung yuran dua murid tersebut dari bulan Ogos sehingga tamat pengajian mereka di tadika.

FAS turut mengagihkan bantuan makanan kepada kedua-dua ibu tunggal tersebut di program penyerahan cek.

Wakil yang menghadiri program penyerahan cek tersebut termasuklah Carl Chin, Jamsreneen Jamaran, Kenny Tan dan Tung Yun Tai.

“Orang ramai atau pihak korporat yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan bolehlah menghubungi FAS di talian 016-2200520 untuk makluman lanjut, atau melayari Facebook FAS (https://www.facebook.com/FoodAidSabah),” kata Darren.