Penyampaian Perkhidmatan Efektif, Profesional Mampu Naikkan Imej PDRM

Penyampaian Perkhidmatan Efektif, Profesional Mampu Naikkan Imej PDRM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, penyampaian perkhidmatan yang efektif dan profesional mampu menaikkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Katanya, penyampaian maklumat merupakan titik permulaan perhubungan PDRM dengan masyarakat dengan cara mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Apabila kukuhnya hubungan tersebut maka cantiklah persepsi masyarakat kepada PDRM…

“Saya amat yakin cara ini mampu meningkatkan mutu perkhidmatan PDRM kepada masyarakat demi memastikan permuafakatan antara PDRM dan masyarakat terus ampuh.

“Dengan permuafakatan ini, saya percaya kita mampu menurunkan kadar jenayah dan seterusnya meningkatkan kadar penyelesaian kes,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad, pada Jumaat.

Pada majlis itu, Idris menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota serta pegawai PDRM dan pengamal media antaranya Pengarah Penerangan Sabah yang diwakili Pemangku, Supian Musa.