Lelaki Maut Ditikam Akibat Pertikaian Vape Dadah ‘Mushroom’

Lelaki Maut Ditikam Akibat Pertikaian Vape Dadah ‘Mushroom’

0
SHARE

JASIN: Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas ditikam dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada urus niaga cecair vape ‘mushroom’ di Merlimau, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, mangsa mengalami tikaman di belakang badan hingga menembusi paru-paru dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka.

“Seorang lagi mangsa berusia 26 tahun cedera, manakala empat suspek berusia 20 hingga 35 tahun telah ditahan,” katanya memetik laporan Bernama.

Siasatan mendapati pergaduhan tercetus akibat salah faham semasa urus niaga sebelum suspek menyerang mangsa dengan pisau. Tiga suspek didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.