Lelaki Parah Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Lahad Datu

Lelaki Parah Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Lahad Datu

0
SHARE

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 20 tahun cedera parah selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan PUSPAKOM Lahad Datu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, sebuah Perodua Viva bertembung dengan Proton Saga, melibatkan lima mangsa keseluruhan.

Dua wanita dalam Viva berjaya keluar sendiri, manakala lelaki berkenaan terperangkap sebelum dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas. Dua lagi mangsa dalam Proton Saga dilaporkan tidak cedera.

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Operasi oleh lapan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Lahad Datu diketuai PBK II Kenny Fred Sikun tamat sepenuhnya pada 6.15 pagi selepas keadaan disahkan selamat.