Lelaki Rentung Dalam Bilik

Lelaki Rentung Dalam Bilik

0
SHARE

TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam bilik sebuah rumah teres di Jalan Utara, Taman King Fook sini kira-kira 11.20 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan bilik berkenaan yang berukuran 10×15 kaki terbakar 100 peratus dan telah padam sebelum ketibaan jentera.

“Pasukan Bomba mendapati pintu utama terkunci dari dalam dan bertindak membuka menggunakan peralatan khas ‘paratech tool’ serta membuat pengudaraan…

“Hasil daripada pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa lelaki ditemui dalam bilik berkenaan rentung dalam kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber sama menyatakan identiti mangsa sebagai Yogeswaran A/L Supiah berusia 35 tahun yang telah diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan lanjut.