Lelaki Sanggup Redah Lautan Kerana Terlalu Rindukan Isterinya

Lelaki Sanggup Redah Lautan Kerana Terlalu Rindukan Isterinya

0
SHARE
Pasukan marin Thailand menemui Ho Huang Hung, 37, sekitar 80 kilometer dari pantai Andaman...

PHUKET, VIETNAM – Seorang lelaki Vietnam sanggup mengharungi Teluk Bengal dari Phuket ke India dengan menaiki bot semata-mata ingin berjumpa isterinya selepas berpisah hampir DUA (2) tahun kerana pandemik COVID-19.

Perkara itu didedahkan selepas pasukan marin Thailand menemui Ho Huang Hung, 37, sekitar 80 kilometer dari pantai Andaman.

Memetik laporan TheThaiger.com, Hung yang terlalu rindu kepada isterinya itu mengambil penerbangan dari Saigon ke Bangkok pada 2 Mac, dengan harapan dapat mengambil penerbangan sambung ke Mumbai, tempat isterinya tinggal.

Bagaimanapun, Hung kemudiannya menyedari dia tidak boleh memasuki India tanpa visa, ekoran itu dia menaiki bas ke Phuket, mencari bot dan memulakan ekspedisinya sekitar 5 Mac.

Berbekalkan 10 bungkusan mi, tangki air dan beberapa bagasi, Hung mempunyai bekalan mencukupi.

Hung sedia mendayung hingga ke India merentasi Laut Andaman dan melalui Teluk Bengal, perjalanan sejauh 2,500 kilometer.

Namun selepas 18 hari, Hung hanya dapat bergerak sejauh 80 kilometer dari pantai.

Ketika Siklon Asani membadai Teluk Benggala, amat mengejutkan Hung berjaya bertahan di laut selama 18 hari.

Pegawai tentera laut di Kepulauan Similan dikatakan menerima mesej daripada nelayan yang mengatakan dia melihat lelaki terapung di atas bot kecil berwarna kuning dan biru, sepanjang kira-kira 2.5 meter.

Mereka bergegas ke lokasi menyelamatkannya serta membawanya ke Taman Negara Kepulauan Similan.

Marin Thailand menyiarkan foto Hung dengan kapsyen: “Tidak kira betapa luas lautan itu… ia tidak boleh menghalang cinta sejati lelaki ini”.