Lelaki Warga Asing Maut Dipijak Gajah

Lelaki Warga Asing Maut Dipijak Gajah

0
SHARE

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut selepas dipercayai dipijak oleh seekor gajah dalam kejadian di Ladang Kampung Om Pos Blau, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang merupakan warganegara Bangladesh dan berusia 29 tahun ditemukan maut di lokasi akibat cedera parah, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, ACP Sik Choon Foo Berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah terserempak dengan seekor gajah semasa dalam perjalanan pulang ke ladang.

“Mangsa tidak sempat melarikan diri dan siasatan lanjut mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke ayas mayat mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu.