SELAIN HAJIJI, MUSA AMAN DAN ANWAR IBRAHIM, KINI GILIRAN NIZAM PULA JADI...

SELAIN HAJIJI, MUSA AMAN DAN ANWAR IBRAHIM, KINI GILIRAN NIZAM PULA JADI MANGSA SERANGAN FITNAH JAHAT WARISAN

0
SHARE

JENTERA WARISAN SEMAKIN GILA FITNAH PEMIMPIN GAGASAN RAKYAT DAN PAKATAN HARAPAN.

Selain mensasarkan serangan bertubi-tubi fitnah ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Tan Sri Musa Aman termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin lain yang turut terkena tempias adalah Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam DSP Titingan.

Terkini, ‘cybertrooper‘ berbayar Parti Warisan Sabah telah memfitnah kononnya laman media sosial ‘Facebook Page’ rasmi milik Nizam telah dibiayai oleh sebuah syarikat antarabangsa.

Menjawab fitnah yang telah dilemparkan oleh jentera Warisan pada 09 mei lalu, Nizam dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat yang dimaksudkan oleh jentera Warisan tersebut adalah dimiliki sepenuhnya oleh anak jati Sabah.

Nizam berkata Facebook melalui Meta telah menetapkan syarat ketat bagi iklan oleh ahli politik dan beberapa dokumen perlu dikenukan kepada Meta bagi iklan berbayar.

Justeru, Nizam berkata beliau telah mengupah syarikat Kromium Digital Sdn Bhd bagi tujuan membantu mempromosikan ‘Facebook Page’ rasmi milik Nizam.

Nizam berkata lagi bahawa syarikat Kromium Digital Sdn Bhd diasaskan oleh anak jati Tawau iaitu Encik Rahman Bin Imuda dan bukannya syarikat luar negara seperti didakwa oleh ahli Warisan tersebut.

Nizam berkata lagi, “pasukan saya akan menghantar permintaan rasmi kepada META untuk meminta maklumat pemilik MAWAR Channel untuk pasukan saya mengambil tindakan undang-undang di atas fitnah ini”.

Dalam pada itu, Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan pula berkata, Parti Warisan sebenarnya sangat terdesak untuk meraih undi dari kalangan rakyat Sabah

Mereka kini tidak mempunyai modal dan ketandusan idea, justeru serangan fitnah digunakan untuk meraih simpati rakyat Sabah.

BEBAS berkata lagi, rakyat Sabah secara ‘total’ telah menolak Parti Warisan termasuk UMNO di Sabah.

Sebenarnya rakyat Sabah masih dalam keadaan trauma bila mengimbau kembali semasa Shafie Apdal dan Parti Warisan memerintah Sabah.

Isu ‘Sempornasisasi’ jelas terlibat ketika beliau melantik kroni dan kaum keluarga Shafie ke dalam jawatan penting kerajaan negeri Sabah termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong juga berasal dari Semporna.

Isu pendapatan negeri berkurang dimana kadar KDNK telah jatuh menjunam dari 8.2 peratus ke 0.5 peratus.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5%…

Cadangan pemberian pulau kepada pemdatang tanpa izin asal Filipina termasuk pemberian PSS.

Shafie bercadang berikan Pulau kepada PATI dari selatan Filipina (Sumber foto ihsan daripada Harian Metro dan Utusan Borneo)

Shafie Apdal mencadangkan agar PATI dari selatan Filipina diberikan pulau sebagai penempatan dengan alasan kononnya atas dasar kemanusiaan akibat peperangan, walhal di Selatan Filipina sejak 4 tahun yang lalu telah aman sepenuhnya di kawasan tersebut…(Foto ihsan Harian Metro, BH dan Utusan Borneo Online)

Shafie Apdal mencadangkan agar PATI dari selatan Filipina diberikan pulau sebagai penempatan dengan alasan kononnya atas dasar kemanusiaan akibat peperangan, walhal di Selatan Filipina sejak 4 tahun yang lalu telah aman sepenuhnya di kawasan tersebut…(Foto ihsan Harian Metro, BH dan Utusan Borneo Online)

Tambahan, Shafie mencatatkan kegagalan dalam membawa masuk walau satu pelabur ke Sabah.

Shafie menyatakan pada 2018 pelabur akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sehingga kini selepas 2 tahun janji Shafie hanya tinggal janji…(Sumber Foto dipetik daripada portal tempatan)
Shafie Apdal digelar Bapa Pengumuman Sabah selepas gagal membawa pelabur ke Sabah walaupun banyak pengumuman telah dibuat kononnya pelabur akan melabur ke Sabah…(Sumber foto ihsan BH Online)

Justeru apa sahaja teknik termasuk memfitnah digunakan oleh Parti Warisan, BEBAS yakin Parti Warisan akan dikaramkan termasuk Parti UMNO pada PRN-17 akan datang kerana rakyat Sabah akan kekal menolak Parti Warisan Sabah