Jadikan HQE II Sebagai Pusat Jantung Negara Belum Rasmi, Masih Dalam Pertimbangan

Jadikan HQE II Sebagai Pusat Jantung Negara Belum Rasmi, Masih Dalam Pertimbangan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan masih belum membuat sebarang keputusan rasmi untuk menjadikan Hospital Queen Elizabeth II sebagai Pusat Jantung Negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya masih memperseimbangkan dan belum membuat sebarang keputusan rasmi mengenai perkara itu. 

“Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, adalah wajar untuk saya juga mencadangkan cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Dekan Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Dr. Mohd Yusof Ibrahim mengenai sama ada Hospital UMS (HUMS) akan dipertimbangkan untuk tujuan itu.

“Pertimbangan ini akan dimajukan kepada Perdana Menteri dan kabinet, demikian juga dengan peruntukan, masih dalam pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Malaria, Tuberkulosis dan Kisat Sedunia Peringkat Kebangasaan 2024 di UMS, semalam.

Dr. Mohd Yusof yang juga bekas Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dalam ucapannya berkata, HUMS juga ideal untuk dijadikan Pusat Jantung Negara.

“Hospital kami, yang dijangka siap tahun depan, mempunyai kira-kira 450 katil dan unit kardiologi.

“Ini akan memberi makna dan ia adalah (pendekatan) bercabang dua memandangkan hospital itu mempunyai lokasi yang lebih baik dan ruang parkir yang luas berbanding HQE II sedia ada yang sesak,” katanya sambil menambah fakulti telah melahirkan beberapa kumpulan pakar.

Pada 20 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan penjagaan kesihatan awam baharu yang dikenali sebagai Pusat Jantung Negara Sabah akan ditubuhkan berikutan peruntukan RM80 juta daripada kerajaan persekutuan.