Kes COVID-19 Sabah Naik Lagi Hari Ini Kepada 1,000 Kes

Kes COVID-19 Sabah Naik Lagi Hari Ini Kepada 1,000 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 kembali empat (4) angka hari ini dengan catatan 1,000 KES.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini merupakan peningkatan sebanyak 35 kes.

“Sehingga kini, kes harian tertinggi yang pernah direkodkan di Negeri Sabah adalah sebanyak 3,487 kes yang dicatatkan pada 26 Ogos 2021,” katanya.

Terdapat 14 daerah yang merekodkan peningkatan (kes) manakala 13 daerah lagi mencatatkan penurunan.

Bagi kawasan bandar utama pula, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 114 (+19) kes.

Angka kes bagi bandar-bandar lain ialah Penampang 58 (+39) kes, Sandakan 96 (+32) kes, Kudat 29 (+14) kes, Semporna 12 (+1) kes, Lahad Datu 49 (-47) kes, Putatan 17 (-10) kes dan Tawau 31 (-9).

Daerah lain yang merekodkan peningkatan ketara pada hari ini ialah Papar 52 (+26) kes, Kota Belud 59 (+23) kes, Tenom 34 (+12) kes, Kunak 18 (+12) kes, Ranau 99 (+11) kes dan Beaufort 29 (+10) kes.

Manakala daerah yang merekodkan penurunan ketara pula ialah Kota Marudu 70 (-35) kes, Tuaran 51 (-14) kes, Telupid 4 (-13) kes dan Sipitang 13 (-10) kes.

Dalam pada itu, satu kluster baharu, Kluster Mokodou, ditentukan menjadi punca 43 kes yang dikesan di Ranau hari ini.

“Kluster komuniti ini berpunca daripada kehadiran ke upacara penghormatan orang meninggal dunia…

“Lebih daripada 60 peratus penduduk kampung hadir di acara tersebut dan setakat ini 94 telah dikesan positif dan dijangka akan bertambah apabila keputusan saringan diketahui sepenuhnya,” kata Masidi.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 551 kes atau 55 peratus dan jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iaitu 715 kes atau 71 peratus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (29 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 114 (95)
Ranau – 99 (88)
Sandakan – 96 (64)
Kota Marudu – 70 (105)
Keningau – 66 (72)
Kota Belud – 59 (36)
Penampang – 58 (19)
Papar – 52 (26)
Tuaran – 51 (65)
Lahad Datu – 49 (96)
Tenom – 34 (22)
Tawau – 31 (40)
Pitas – 29 (36)
Beaufort – 29 (19)
Kudat – 29 (21)
Nabawan – 20 (29)
Kinabatangan – 18 (15)
Kunak – 18 (6)
Tambunan – 17 (11)
Putatan – 17 (27)
Sipitang – 13 (23)
Semporna – 12 (11)
Beluran – 8 (10)
Kuala Penyu – 7 (5)
Telupid – 4 (17)
Tongod – 0 (5)
Kalabakan – 0 (2)