Najib Hadir Ke Mahkamah Tinggi Bagi Kes 1MDB

Najib Hadir Ke Mahkamah Tinggi Bagi Kes 1MDB

0
SHARE
Konvoi yang membawa Najib ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibawa menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bewarna hitam tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada jam 8.27 pagi.

Najib yang hadir ke mahkamah hari ini untuk menghadapi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion…

Beliau berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Ini merupakan kemunculan pertama Najib selepas beliau dihantar ke Penjara Kajang pada Selasa untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.