KOTA KINABALU, SABAH – DCP Hamzah Ahmad mengambil alih jawatan sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) daripada DCP Datuk Ahmad Fuad Othman.
Ahmad dijadual untuk bersara pada hari esok (Sabtu) sejak menggalas tugas itu pada April tahun lalu.
Majlis penyerahan tugas itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.


Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Negeri Dato’ Dr Zulkapli Mohamed, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Datuk Hazani Ghazali dan Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Idris Abdullah.





