PASANGAN MENARI GEMBIRA SELEPAS SAH BERCERAI

PASANGAN MENARI GEMBIRA SELEPAS SAH BERCERAI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Satu pasangan masing-masing menari tanda kegembiraan selepas kedua-dua mereka sah bercerai di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam, Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang dikongsi di media sosial ketika itu, jelas menunjukkan seorang wanita menari bersama bekas suami di pejabat agama berkenaan sekepas bergelar janda.

“Officially (secara rasminya), saya bergelar janda pada hari ini dengan talak loro talak loro (talak dua)…

“Terima kasih bekas (suami) banyak jaga saya sebelum ini. Semoga jumpa jodoh yang lebih baik,” tulisnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang menunjukkan seorang wanita menari dengan bekas suaminya di hadapan pejabat agama selepas disahkan bercerai…

Dalam pada itu warganet turut mengecam tindakan kedua-dua pasangan ini yang mana mengundang rasa kurang senang orang ramai di antaranya ialah:

“Apabila berbangga dengan perkara yang Allah dan nabi paling tak suka, tersangat lah sedih, jika tak kuat Islamn pun jangan dipermainkan perkara yang Allah (tidak suka),” kata @Takhandsomejanjikayo.

“Ya Allah sis jangan memalukan diri macam ini, jangan bangga sangat dah bercerai, sedih tengok macam ini. Runtuhnya sesebuah rumah tangga rasa sedih bukan gembira,” ujar @Iedah38.