KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu COVID-19 Sabah kembali jatuh ke bawah paras angka 300 dengan 263 kes hari ini iaitu 66 kes lebih rendah daripada semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun Kota Kinabalu kekal penyumbang kes terbanyak di Sabah tetapi jumlah hari ini adalah 26 kes lebih rendah daripada kelmarin.
“Tuaran juga turun lima (5) kes, Penampang berkurangan enam (6) kes dan Ranau turun sembilan (9) kes…
“Beaufort menambah 10 kes dan Tenom naik lima (5) kes. Lima (5) daerah-daerah yang mencatat sifar kes (0) adalah Kalabakan, Tongod, Nabawan, Kunak dan Semporna.
“Sebelas (11) daerah lain mencatatkan kes baharu di bawah paras 10,” katanya dalam sebuah rumusan.

Beliau berkata pembukaan aktiviti ekonomi yang semakin luas dan rancak telah meningkatkan interaksi antara penduduk dan dengan itu juga majlis sosial dan rekreasi yang tidak dapat dielakkan.
“Adalah diharapkan agar semua rakyat kekal mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal…
“Disiplin diri penting bagi mengurangkan risiko jangkitan khususnya semasa berada di tempat yang ramai orang,” tegasnya.
Beliau menekankan bahawa jangkitan secara sporadik sering berlaku semasa berada dikhalayak ramai atau berkumpulan.
“Statistik jelas menunjukkan peratusan jangkitan secara sporadik adalah tinggi setiap hari. Hari ini peratusan jangkitan yang berpunca daripada jangkitan sporadik ialah 41 peratus (41.4%)…
“Angka ini tidak jauh berbeza dengan peratusan penyumbang utama jangkitan yakni kontak rapat yang mencatat 48 peratus, (48.3%),” tambahnya.
Dalam pada itu, seramai 252 orang pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala empat (4) orang dalam Kategori 3 dan masing-masing dua (2) orang dalam Kategori 4 dan 5. Tiga (3) kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (10 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 47 (73)
Tuaran – 27 (32)
Penampang – 25 (31)
Beaufort – 18 ( 8)
Kota Belud – 17 (16)
Tenom – 16 (11)
Putatan – 16 (17)
Ranau – 14 (23)
Papar – 12 (19)
Sandakan – 12 (13)
Telupid – 10 (2)
Kota Marudu – 9 (6)
Lahad Datu – 7 (3)
Kuala Penyu – 6 (6)
Keningau – 6 (18)
Pitas – 6 (4)
Tawau – 5 (5)
Tambunan – 3 (3)
Beluran – 2 (1)
Kudat – 2 (10)
Sipitang – 1 (4)
Semporna – 0 (0)
Kunak – 0 (4)
Nabawan – 0 (2)
Tongod – 0 (5)
Kalabakan – 0 (4)





