Lima Blok Rumah Pekerja Terbakar 100% di Penampang

Lima Blok Rumah Pekerja Terbakar 100% di Penampang

0
SHARE
Pasukan Bomba berusaha memadamkan api pada 5 blok rumah pekerja yang terbakar di Penampang (Sumber: JBPM Sabah)

PENAMPANG, SABAH – Lima blok rumah pekerja berhampiran Restoran Living Seed Vegeterian, Jalan Penampang Bandar baru Penampang dilaporkan telah terbakar 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 4.52 petang hari ini.

“Kebakaran melibatkan lima blok rumah pekerja jenis tidak kekal dengan setiap blok 10 pintu telah terbakar 100 peratus…

“BBP Penampang menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki, empat pancutan dan sumber air dari pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Manakala BBP Kota Kinabalu pula katanya, menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki dengan dua pancutan sumber air dari “Water Tanker’.

Operasi kemudian dilaporkan terkawal pada jam 5.50 petang dan juga dilaporkan tiada mangsa terlibat.

Bagaimanapun, katanya, pemadaman bara-bara api masih dijalankan oleh pasukan bomba di lokasi kejadian dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.