TAWAU: Sebuah lori tiga tan dilaporkan terbabas sendiri ke bahu jalan selepas bertembung dengan sebuah trailer dalam kejadian kemalangan di Kampung Beruang Bombalai pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.11 pagi.
“Tiga mangsa terlibat berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba yang mana dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan manakala seorang lagi selamat.
“Mangsa cedera, iaitu pemandu lori Mahammad Sudin, 70 alami kecederaan di bahagian tangan kanan dan paha kanan manakala mangsa kedua, wanita Samatang Baco, 61 tahun merupakan penumpang lori cedera di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mangsa seterusnya diberikana rawatan aeal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.51 pagi.






