LPPS Bayar Dividen RM1 Juta dan Caj Tanah RM3.2 Juta kepada Kerajaan...

LPPS Bayar Dividen RM1 Juta dan Caj Tanah RM3.2 Juta kepada Kerajaan Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU: Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (SPA) menyerahkan bayaran dividen sebanyak RM1 juta bagi tahun berakhir 2024 kepada Kerajaan Negeri hari ini.

SPA turut membayar caj tanah berjumlah RM3.2 juta bagi tahun 2025 kepada Jabatan Tanah dan Ukur.

Replika cek tersebut disampaikan oleh Pengerusi LPPS, Datuk Donald Mojuntin kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri, hari ini. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, Pembantu Menteri Datuk Jonnybone Kurum serta Setiausaha Tetap Datuk Thomas Logijin.