KOTA KINABALU, SABAH – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, tanpa acara perbarisan di sini, pagi ini.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Sabah ke-16 bersidang selama dua (2) hari iaitu pada Khamis (12 November 2020) dan Isnin (16 November 2020) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 di negeri Sabah.
