
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 996 KES pesakit telah sembuh hari ini yang mana melebihi kes baharu positif COVID-19. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 32,069 kes (73.2%).
Dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini adalah sebanyak 919 KES, demikian menurut laporan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 43,791 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,419 kes.
DARIPADA 919 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tiga (3) Kes import, manakala 916 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 92 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 35 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laoran KKM hari ini, SABAH masih lagi menjadi negeri tertinggi yang menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 di Malaysia.
KKM dukacita memaklumkan terdapat SATU (1) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 303 kes (0.7%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
