Malang Tidak Berbau Dalam Tandas 

Malang Tidak Berbau Dalam Tandas 

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Patah kaki seorang wanita dipercayai ketika sedang membuang hajat dalam tandas pada sebuah rumah di Tanjung Kapor sini.

Panggilan kecemasan diterima Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah pada jam 8.02 malam semalam.

Menurut Komander Operasi, PBK II Hajim Abd Malak berkata struktur berkenaan telah roboh membabitkan mangsa berumur 33 tahun.

“Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan patah di bahagian kaki telah dikeluarkan oleh orang keluarga…

“Beliau seterusnya diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan diserahkan kepada pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital. 

“Tindakan pasukan Bomba membuat pemeriksaan di sekitar lokasi memastikan tiada kemerbahayaan lain,” katanya.

Tambahnya operasi ditamatkan pada jam 8.30 malam.