Mangsa Banjir Di PPS Catat Penurunan

Mangsa Banjir Di PPS Catat Penurunan

0
SHARE
Banjir
Operasi bomba menyelamatkan mangsa banjir di Penampang ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) mencatatkan penurunan seramai 459 orang membabitkan empat daerah termasuk satu daerah kecil setakat jam 12 tengah hari tadi

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Dewan Kebudayaan Penampang mencatatkan penurunan seramai 274 orang.

Manakala jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Sri Putatan kekal seramai 138 orang.

Sementara itu, mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran dan Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli masih kekal di mana masing-masing mencatatkan seramai 29 dan 18 orang.