Mantan ADUN Kepayan Isytihar Sokongan Kepada Calon PH Penampang

Mantan ADUN Kepayan Isytihar Sokongan Kepada Calon PH Penampang

0
SHARE
Mantan ADUN Kepayan Dr Edwin Bosi (kiri) mengisytiharkan sokongan beliau kepada calon PH Datuk Ewon Benedick (kanan) menjadi Ahli Parlimen Penampang yang baharu...

PENAMPANG, SABAH – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Dr Edwin Bosi mengisytiharkan sokongan beliau kepada calon Pakatan Harapan (PH) Penampang menjadi Ahli Parlimen Penampang yang baharu.

Beliau turut menyatakan bahawa politik dua sistem di Malaysia hanya memperlihatkan persaingan di antara PH dan Barisan Nasional (BN).

“Dalam konteks sistem dua parti di Malaysia, saya menyokong PH. Kita juga memerlukan seorang Ahli Parlimen yang berkesan dalam menjalankan amanah terutamanya turun padang berjumpa dengan rakyat.

“Itu sebabnya saya hadir memberi sokongan kepada calon PH di Penampang, Ewon Benedick…

“Saya berharap rakyat Penampang memberi sokongan kepada beliau agar dapat membuktikan perkhidmatan dan kepimpinan beliau untuk rakyat Penampang,” katanya.

Bosi menyatakan demikian di Dewan Kg Moyog semalam semasa program jelajah kempen oleh Ewon bersama dengan penduduk-penduduk di sekitar Mukim Moyog, Penampang.

Turut hadir bersama dalam jelajah tersebut ialah dua orang lagi mantan Wakil Rakyat Penampang, Datuk Philip Lasimbang dan Datuk Donad Mojuntin.