
SEMPORNA, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna mengagihkan 4,000 pek bubur lambuk.
Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Amir Shubli berkata bubur lambuk diagihkan kepada para petugas barisan hadapan, pengerusi-pengerusi masjid serta tahfiz.
Selain itu, bubur lambuk juga diagihkan kepada orang ramai di sekitar kuarters Maritim berkenaan.
Menurut beliau, program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga Zon Maritim dengan komuniti setempat, di samping memupuk amalan bersedekah di bulan Ramadan.
Tambah beliau, program bubur lambuk tersebut merupakan kerjasama pihaknya bersama Askar Wataniah, Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd dan Petronas.
Turut menjayakan program berkenaan ialah Syarikat Petronas, Adabi, Sabah Distribution Sdn Bhd, Coop Bank, Raspand, Kumpulan Rukun Tetangga Semporna dan Persatuan Veteran Komando. — JABATAN PENERANGAN SABAH