Masyarakat Diseru Letak Kepercayaan Kepada ‘Frontliners’ Dan KKM – SAPP

Masyarakat Diseru Letak Kepercayaan Kepada ‘Frontliners’ Dan KKM – SAPP

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Gee Tien Siong menyeru masyarakat umum untuk terus meletak kepercayaan kepada pekerja barisan hadapan (frontliners) khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya selain dari keutamaan penuh menjaga kesihatan rakyat, pakar perubatan negara kita juga sedang giat mengedar fakta tentang virus COVID-19 melalui media massa.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Luyang itu juga berkata sebaliknya berita palsu dan pelbagai dakwaan termasuk kaedah rawatan tidak saintifik dan mesej-mesej anti-vaksin kerap dikongsi secara maya dalam komuniti Sabah.

“Ada yang mengatakan statistik harian kes baru adalah palsu, dan ada juga yang mengatakan wabak COVID-19 hanya sebuah konspirasi politik. Perkara ini menimbulkan kekeliruan di dalam kalangan masyarakat kita…

“Penyebaran berita palsu dari orang yang tidak bertanggung jawab seperti ini berbaur niat buruk dan mungkin tidak sedar akibat kepada mereka yang mempercayainya. Hanya setelah mengalami simptom, barulah mereka ke hospital dan meminta bantuan doktor.

“Sangat mengerikan bahawa banyak pemimpin dari kalangan pembangkang yang telah menerima vaksinasi secara senyap, gagal berdiri untuk membantah berita palsu ini, malah membantu dalam menyokong kebencian dan penimbulan rasa tidak percaya terhadap penjawat awam dan agensi penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Gee Tien Siong…

Tambah beliau, penggunaan pandemik sebagai alasan untuk memecah-belahkan masyarakat juga sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bukan menghindari penyakit tetapi negara dari pulih wabak tersebut dengan meningkatkan beban kerja dan tekanan pada pasukan perubatan.

“Pemimpin politik harus mengasihi rakyatnya sama seperti diri mereka sendiri, dan harus memanfaatkan pengaruh mereka untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada penyokong mereka,” kata Gee.

“Semua orang harus faham bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan wabak adalah dengan mencapai kekebalan kawanan melalui vaksinasi…

“Tidak ada jalan lain. Tanpa kekebalan kawanan, walaupun suatu kawasan berjaya mengekalkan sifar kes untuk jangka waktu tertentu, masih rentan terhadap jangkitan dari sumber luar,” tambah beliau.

Gee memberi Taiwan sebagai contoh: Repositori Data oleh Pusat Sains dan Kejuruteraan Sistem (CSSEGIS) menunjukkan bahawa Taiwan tidak mempunyai lebih daripada 10 kes baru pada rata-rata 7 hari dari 20 April 2020 hingga 9 Mei 2021 (384 hari).

Tetapi sejak 16 Mei 2021, tidak kurang dari 200 kes baru setiap hari (723 kes pada 22 Mei 2021 sahaja).