Patah Kaki, Kereta Rempuh Penjaga Rumah

Patah Kaki, Kereta Rempuh Penjaga Rumah

0
SHARE
Bomba
Kenderaan Hyundai yang merempuh rumah di Jalan Old Labuk ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Seorang penghuni rumah berhampiran bulatan Batu 9, Jalan Old Labuk sini mengalami patah kaki setelah dikejutkan dengan rempuhan sebuah kereta.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima laporan berhubung kes pada jam 12.32 tengah malam tadi.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia bergegas ke lokasi kira-kira 11 kilometer dari balai.

Menurut seorang jurucakap, mangsa lelaki menerima rawatan awal dari pasukan Bomba seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, penghuni terbabit menjaga rumah berkenaan bagi pihak majikannya.

“Seorang lelaki berusia 56 tahun yang memandu kenderaan jenis Hyundai mengalami kecederaan ringan manakala dua lagi penumpang selamat.

“Pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada keberbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 1.20,” jelas jurucakap terbabit.