Maut bertembung pacuan empat roda di Jalan Segama

Maut bertembung pacuan empat roda di Jalan Segama

0
SHARE
Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan tersebut - Foto Ihsan Bomba Sabah...

LAHAD DATU, SABAH – Pemandu sebuah Proton Saga maut selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax di KM 13 Jalan Segama sini awal pagi tadi.

Willy Maikan, 28, disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam insiden pukul 5.50 itu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata dua lagi mangsa mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.

“Mangsa yang cedera mendapat rawatan awal oleh KKM ditempat kejadian…

“Seterusnya mereka dihantar ke Hospital menaiki Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi, operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.02 pagi,” katanya dalam kenyataan.