
TAWAU, SABAH – Mayat seorang lelaki menyangkut pada tiang elektrik berhampiran Taman Eastern di sini selepas maut terkena renjatan elektrik.
Pasukan Bomba Daerah Tawau telah bertindak menurunkan mangsa dalam operasi 10.30 pagi tadi setelah kerja-kerja memutuskan bekalan elektrik dijalankan oleh pihak SESB.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa telah dikenal pasti sebagai Foh Soon Kong berusia 41 tahun.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.