Pemandu Maut Langgar Pembahagi Jalan Sebelum Bertembung Lori Lapan Tan

Pemandu Maut Langgar Pembahagi Jalan Sebelum Bertembung Lori Lapan Tan

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Seorang lelaki maut selepas kenderaan Proton Wira yang dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah lori lapan tan berhadapan bangunan Jabatan Pengangkuatan Jalan di Jalan Silam, sini, pagi tadi.

Mangsa, Yap Wui Sin, 28, tersepit dalam kenderaan beliau dan didapati meniggal dunia selepas dikeluarkan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sabah berkata tiga (3) mangsa dalam lori yang sedang membawa muatan ayam dan telur selamat dalam insiden 4.20 pagi itu.

“Tindakan pasukan bomba mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut manakala operasi ditamatkan pada jam 5.10 pagi,” katanya…

Kenderaan Toyota Vios yang terbakar selepas melanggar bulatan jalan raya di Jalan Kolombong…(Sumber Foto: Ihsan Bomba)

Pada hari yang sama, dalam sebuah kes berasingan di Kota Kinabalu, seorang lelaki selamat apabila kenderaan Toyota Vios yang dipandunya terbakar selepas melanggar bulatan jalan raya di Jalan Kolombong.

Bagaimanapun, Lim Koon Leong, 37, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan seterusnya dihanyar ke Hospital Queen 2 untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan EMRS.

PGO Bomba Sabah berkata kenderaan terbabit telah musnah terbakar 100 peratus dalam insiden 1.30 pagi tersebut.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran ‘hose reel’ jentera serta dua alat pemadam api.

“Pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 1.46,” katanya.