Guru Hamil Dipindahkan Guna Helikopter Dari Pedalaman Beluran

Guru Hamil Dipindahkan Guna Helikopter Dari Pedalaman Beluran

0
SHARE

BELURAN: Seorang guru wanita hamil lapan bulan dua minggu dipindahkan menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kampung Abuan, pada Ahad, susulan kesukaran keluar dari kawasan pedalaman.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah memaklumkan pihaknya menerima permohonan rasmi Kementerian Pendidikan untuk bantuan pemindahan mangsa berusia 26 tahun itu dari SK Abuan ke pekan terdekat atas faktor kesihatan.

Helikopter Unit Udara Bomba Sarawak tiba di lokasi pada 12.49 tengah hari sebelum membawa mangsa ke Kompleks Sukan Beluran dan menyerahkannya kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke Hospital Beluran.

Operasi melibatkan 25 anggota bomba diketuai PBK II Jixcon Patrick Maji dan ditamatkan pada 1.25 petang selepas keadaan disahkan selamat.

JBPM melalui kenyataan memaklumkan mangsa stabil dan masih mampu berjalan dalam jarak dekat ketika dipindahkan.