TIDAK ADA TAWARAN WANG LOMPAT PARTI KEPADA WAKIL RAKYAT WARISAN, UPKO, DAP...

TIDAK ADA TAWARAN WANG LOMPAT PARTI KEPADA WAKIL RAKYAT WARISAN, UPKO, DAP DAN PKR DI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Kami hanya menyampaikan perlunya untuk wakil rakyat Parti Warisan termasuk wakil rakyat sekutu Parti Warisan lainnya agar memikirkan secara lebih mendalam untuk menyelamatkan negeri Sabah dari kerosakan yang semakin teruk ditangan pemimpin-pemimpin yang KORUP.”

“Tidak ada TAWARAn WANG yang diberikan sebaliknya kalau ada pihak yang mengaitkan UMNO atau BERSATU cuba menawarkan WANG kepada wakil rakyat di Sabah untuk melompat parti, itu semua adalah FITNAH JIJIK yang sengaja dicipta untuk mewujudkan sangkaan buruk kepada rakyat,” demikian kenyataan yang dipetik dari sumber yang enggan namanya didedahkan mengenai tawaran keluar parti yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari yang lalu di Sabah.

Menurut pemberi maklumat itu lagi cadangan agar mereka (wakil rakyat) keluar dari Parti Warisan dan parti sekutunya dilakukan lebih berlandaskan kepada perjuangan untuk menyelamatkan negeri Sabah dan yang lebih penting untuk rakyatnya.

“Apa akan berlaku dalam tempoh 3 tahun dari sekarang kalau Shafie Apdal masih lagi menerajui Sabah?, kita tidak mampu membayangkan berapa banyak lagi kerosakan yang berlaku dan akhirnya rakyat Sabah yang akan terpaksa menanggung kesannya…

“Faktanya sepanjang dua (2) tahun Shafie mengemudi Sabah tidak ada satu pun pembangunan baharu yang berjaya dibawa masuk ke Sabah sebaliknya masalah pengangguran semakin meningkat, kadar KDNK jatuh menjunam, rakyat semakin susah malahan masalah berkaitan kemudahan infrastruktur seperti jalan, jambatan elektrik semakin parah.”

Dalam pada itu Baharuddin Al-Yamani seorang aktivis politik bebas pula berkata; “sepanjang dua tahun Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah, ramai lantikan pegawai tinggi Kerajaan termasuk Syarikat Milik Kerajaan (GLC) telah dilantik dari kalangan kaum kerabat Shafie yang berasal dari Semporna dan ini adalah jelas satu tindakan yang salah kerana jelas amalan KRONISME telah diamalkan di dalam pentadbiran negeri Sabah ketika ini.”

Info grafik yang tular di media sosial Facebook berhubung senarai nama lantikan jawatan tertentu jabatan termasuk syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai kaitan dengan Shafie Apdal…

Pemilihan kerja-kerja untuk kontraktor bernilai ratusan juta ringgit juga turut dipertikaikan ketelusannya, malahan ramai kontraktor tempatan mengeluh sejak dua (2) tahun kebelakangan ini mereka tidak mempunyai kerja, sebaliknya kroni kepada Peter dan Shafie kerap memperolehi kerja sehingga jutaan ringgit.

Senarai nama KONTRAKTOR yang diberikan kerja tanpa TENDER TERBUKA bernilai RM1.55 bilion…
Senarai nama PROJEK yang diberikan kepada KONTRAKTOR tanpa TENDER TERBUKA yang kesemuanya bernilai RM1.55 bilion…

Salah satu SURAT LANTIKAN KONTRAKTOR yang diberikan projek tanpa TENDER TERBUKA…

“Justeru jika benar ada wakil rakyat Parti Warisan dan sekutunya ingin keluar parti sehingga Parti Warisan tumbang di Sabah, rakyat sudah tentu akan menganggap mereka sebagai WIRA,” Baharuddin berkata lagi.