PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 16 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,831 orang.
DARIPADA 16 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat lapan (8) KES IMPORT.
SEBANYAK 8 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 1 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
Bukan WARGANEGARA DAN LAGI 7 KES DARI KALANGN WARGANEGARA.

Laporan media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi yang dipetik melalui Facebook KKM menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj sebanyak 4 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,566 orang bersamaan dengan 97.00% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.
Menurut laporan itu, sebanyak 5 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan satu (1) kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Dilaporkan juga bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia hari ini dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 123 kes iaitu bersamaan 1.39%.