Tun Musa Aman Tunai Umrah Selepa Lawatan Rasmi ke Mesir dan Madinah

Tun Musa Aman Tunai Umrah Selepa Lawatan Rasmi ke Mesir dan Madinah

0
SHARE

MAKKAH: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr.) Musa Aman, menunaikan ibadah umrah selepas menyempurnakan lawatan rasmi bertemu pelajar Sabah di Mesir serta merasmikan Dewan Al-Imam Al-Tayeb Sheikhul Azhar.

Dalam persinggahan di Madinah, Tun Musa turut meluangkan masa bertemu pelajar Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah.

Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Faridah, disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Dato’ Mohamad Syed Bakri Syed Abdul Rahman dan isteri. Pasangan duta itu turut menyertai Tun Musa serta delegasi dalam menunaikan ibadah umrah.

Turut hadir, Pegawai Komunikasi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Hassan Ibrahim Abdullah.