Maximus Meneruskan Jawatan Sebagai Presiden PBS

Maximus Meneruskan Jawatan Sebagai Presiden PBS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah diundi untuk terus menerajui Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sokongan terhadap beliau untuk meneruskan jawatan itu dibuat berikutan undian sebulat suara semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi parti, di sini, semalam.

Maximus, yang memenangi jawatan itu tanpa bertanding semasa pemilihan parti pada Jun tahun lepas, akan kekal menerajui parti tertua Sabah itu.

Bagaimanapun, pada Persidangan Perwakilan PBS ke-36 dan ke-37, beliau mengumumkan untuk berundur diri sebagai presiden parti dalam tempoh tiga tahun.

Mengucapkan terima kasih kepada ahli atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka, Maximus berkata ia akan mengambil masa parti untuk mengenal pasti penggantinya.

Selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang pertama tahun ini, beliau berkata beliau akan berpegang pada rancangan asal untuk melepaskan jawatan presiden dalam tempoh tiga tahun, atau, katanya: “… seperti yang ditentukan oleh majlis tertinggi”.

“Walaupun saya telah mengumumkan untuk berundur pada tahun pemilihan PBS akan datang, ahli Majlis Tertinggi mengundi saya untuk kekal.

“Ini akan memberi PBS masa yang cukup untuk mengenal pasti pengganti saya,” katanya.

Maximus menambah, terdapat ramai pemimpin muda dalam parti yang mampu membina dan membawa parti ke tahap yang lebih tinggi, apabila tiba masanya.