Hajiji Terima Sumbangan RM104,837 Dari Penjawat Awam Negeri Untuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana...

Hajiji Terima Sumbangan RM104,837 Dari Penjawat Awam Negeri Untuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima sumbangan RM104,837 dari penjawat awam negeri khas untuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19.

Jumlah tersebut merupakan potongan elaun penjawat awam dari kategori Gred 29 dan ke atas.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong menyampaikan replika cek kepada Hajiji di Pusat Pentadbiran Negeri di sini hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Datuk Hajah Masnah
Matsalleh.