COVID-19: KES BAHARU MENINGKAT LAGI DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 13,215 KES

COVID-19: KES BAHARU MENINGKAT LAGI DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 13,215 KES

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif harian terus naik lagi dengan 13,215 KES telah dicatatkan yang mana adalah TERTINGGI setakat ini yang pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 880,782 KES.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 6,120 KES dan diikuti NEGERI SEMBILAN sebanyak 1,603 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 1,499 KES.

Untuk rekod, angka hari ini menunjukkan Malaysia merekodkan TIGA (3) hari berturut-turut kes tertinggi.

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (15 Julai 2021) sebanyak 6,120 KES daripada keseluruhan 13,215 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)