SANDAKAN, SABAH – Mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah rumah yang terkunci di Taman Sri Rimba, Batu 7, sini, pada Khamis.
Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bertindak ke lokasi setelah menerima panggilan pukul 12.53 tengah hari.
“Operasi membuka pintu rumah terkunci menggunakan peralatan khas ‘rescue tools’.
“Seorang perempuan berusia 55 tahun ditemui dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis di lokasi kejadian.
“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam sebuah kenyataan.
Berdasarkan gambar insiden, mangsa ditemui dalam keaadan tertiarap dan terkangkang berhampiran sebuah pintu dengan berlumuran darah yang kering.