TAWAU, SABAH – Mayat seorang warga emas ditemukan dalam keadaan mereput di Taman Shamrock, sini, kira-kira pukul 2.30 petang, di sini, semalam.
Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil ke lokasi bagi membuka pintu rumah terkunci menggunakan peralatan khas.
“Mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi kejadian.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap bagi agensi penyelamat.
Operasi kemudiannya tamat pada jam 2.55 petang.






