TAWAU, SABAH – Seorang lelaki 59 tahun melecur di bahagian dada dan perut ketika cuba menyelamatkan diri dari api yang memusnahkan dua rumah pada kira-kira jam 2 petang di Kg Kongsi tadi.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah melaporkan kebakaran melibatkan sebuah buah rumah jenis kekal berukuran 30’x40’ terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi rumah jenis kekal 2 tingkat terbakar 85 peratus.
“Pemadaman menggunakan 2 aliran 200’ 2 pancutan sumber air jentera ,water tanker dan pili Bomba berhampiran untuk mengawal dan memadam kebakaran daripada merebak.
“Mangsa lelaki melecur 10 peratus di bahagian perut dan dada dirawat oleh Pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital oleh keluarga mangsa untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Operasi terkawal pada jam 3 dan tamat pada 6.40 petang.





