PENAMPANG, SABAH – Orang ramai dijemput memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Penampang pada 21 Mei ini.
Menurut Pegawai Daerah, Francis Chong, sambutan tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah.
“Kita menjemput orang ramai untuk hadir serta memeriahkan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang menghidangkan beberapa acara menarik iaitu pertandingan sugandoi di Kampung Tuavon), Sodop Unduk Ngadau pada 18 Mei (Putera Ballroom) dan Pertandingan Unduk Ngadau (Dewan Pusat Kebudayaan Sabah) pada 21 Mei.
“Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan barang keperluan harian dengan potongan harga 15 peratus menerusi Jualan Madani, pameran jabatan-jabatan kerajaan, pertandingan sukan tradisi, pertandingan masakan tradisional, pertandingan ‘Magagung’ dan pertandingan Sumazau di Padang B, Lembaga Sukan Penampang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Politik KUSKOP, Carl Mosoom, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Stanley Sikolis, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Noemi Dyena, Pegawai Perhubungan Parlimen, Bryan Matasing, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Moyog, Joe Suleiman dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Lu Yen Tung — JABATAN PENERANGAN SABAH





